2014, In The City: KL-related transmissions, Opinions: (slash) rant

Kutuk hidup orang lain, terlajak laris hidup sendiri: 15 soalan untuk D’Herbs

In today's #Kosmo. This sexist nonsense. Where do I begin? He's covering his face because he's ashamed, but he's also so handsome? Idk. Clearly there must be some trust in their love still if he's willing to let her walk him while he facepalms. Do people under 48kg never get divorced? Is the amount of fat on my bones directly correlated to how much sex another human being wants with other people? Is marriage all about sex? Why does losing weight mean I have to look SO different? If you insult me, my husband, and my marriage, will this make me give you my money? Is there a moneyback guarantee so I can finance divorce proceedings?

Iklan dalam Kosmo. Before I start, I’d like to say that kepada sesiapa yang nak cakap “ala, iklan je,” I’d like to suggest that you explore the effects and power of advertising and media. Ada sebabnya iklan full colour satu page sangat sangat mahal. (Kalau tak percaya, call any newspaper and ask how much). The following are my observations about this ad:

  1. Siapa tulis iklan ni? Seriously.
  2. Convenient jugak suami tutup muka dasar malu. Sekarang kita semua kena terima je yang dia “hensem sangat”. Macam mana nak confirm?
  3. Takkanlah hubungan diorang teruk mana kan? Si suami hensem sanggup lagi apa dibimbing bininya mara ke depan. Maklumlah, si suami tu feeling lebih sampai lupa konsep tengok sambil jalan. Nasib baik bini dia ada… tapi, malu pulak bini dia ada! Aduh. It’s a cycle.
  4. Orang berberat badan kurang dari 49kg tak pernah kena cerai ke?
  5. Orang berberat badan lebih dari 49kg tak pernah ada orang yang nak tidur dengan mereka?
  6. Apakah ada kaitan yang sangat kuat antara kuantiti lemak yang peluk tulang saya dengan betapa gersangnya suami saya nak tidur dengan orang lain?
  7. Kenapa dianggap sedia ada sahaja satu puak wanita jahat “sering menggoda” suami saya? Apakah berat badan mereka agaknya? Kalau dah kurang dari 49kg, kenapa mereka belum kawin lagi?
  8. Kenapa strategi saya untuk make sure suami saya tak “cuba” dengan diorg = menyerupai diorang? Belajar kat mana ni?
  9. Kalau tak nak rumahtangga gagal, perempuan kena obses pasal kongkek ke, badan ke, dua-dua sekali? Siapa nak kawin kalau macam ni?
  10. Kenapa salah isteri kalau suami dia nak sangat “cuba” orang lain?
  11. Kenapa kalau saya hilang 34 kg rupa saya lain sangat? Over kot kelainan dia.
    levelunlocked
  12. Kalau ada orang kutuk/perli badan awak, rupa awak, suami awak, rumahtangga awak, adakah ini menimbulkan perasaan yang sangat kuat untuk memberinya duit hasil titik peluh awak?
  13. Kenapa produk ini ada hukum wajib? Selamba je.
  14. D’herbs ni ada money-back guarantee ke in case I need to finance divorce proceedings?
  15. Kenapa lelaki dalam situasi ini dianggap sempurna dan tiada kekurangan?

Ok, soalan last tu saya boleh teka sikit kalau tengok website mamat pengasas “ciptaan terbaik untuk wanita” ini:

mamatdherbsgagahperkasa

Douche, douchier, Superman!!!

Ha tu dia. Superman. Muscle kemek sikit, tapi, Superman. Awak pulak siapa? (Thanks Marls for the screen shot!)

Ini pula senarai kecil kekurangan iklan ini pada pendapat saya:

  1. Respek
  2. Kesihatan
  3. Cinta
  4. Apa-apa jenis fakta dan kebenaran yang sangat basic.

Ada satu kecualian di sini: “Fikir dulu jauhi sesalan!!”

Yes! Fikirlah sendiri! Kalau ada duit dan hati nak layan mesej iklan full page colour ini (yang sangatlah tak murah untuk disampaikan kepada anda), ingat bahawa duit anda akan membawa untungnya ke sini:

keretaakusangatawesomethanksguys

“Thank you everyone for paying for this car that you can’t afford! Gua kasi satu thumbs up”

Dia seorang Dato’ jutawan yang kaya dan berjaya pada umur 27 tahun, tapi dasar rezekinya apa? Ibunya pengasas Sendayu Tinggi Holdings, iaitu 9 anak syarikat, most of them bertujuan untuk make women feel sentiasa kekurangan until they throw money at them. I guess it runs in the family. It’s not like they’ve actually admitted it’s all a lie, kan?

“Namun menurut suami kepada Datin Nur Shahida Mohd. Rashid ini, beliau terpaksa melakukan gimik sedemikian semata-mata menarik perhatian penonton dan melariskan produknya.” — Hanya gimik di TV, Utusan 7 Feb 2014

Okay, that’s his wife, but it’s not like dia sendiri mengaku yang dia bukan Superman serba mengetahui?

“Sebenarnya saya ini hanya orang biasa-biasa sahaja. Cuma sebagai seorang ahli perniagaan, saya sentiasa sibuk fizikal dan mental memikirkan bagaimana untuk memajukan perniagaan. Saya tidak mahu perniagaan yang telah saya tubuhkan sejak empat tahun lalu ini jatuh.” — Dato Aliff Syukri, artikel Utusan yang sama, 7 Feb 2014

Apa kaitan bisnes dia dengan relationship orang lain? Yang mana lagi sedih— “Sentiasa sibuk fizikal dan mental” tapi last-last iklannya macam ni, or the fact that it works, because he’s rich?

“The ones who listen to what is being said, and then follow the best of it. These are the ones whom God has guided, and these are the ones who possess intelligence.” — al-Quran, 39:18

Mungkin, mungkin je lah kan, tahap kesihatan, keyakinan imej diri, dan perkahwinan anda boleh kaya dan berjaya juga tanpa ‘bantuan’ mereka. Love yourself for who you are. Don’t look for shortcuts to cheat health and love. And if your husband respects a man like this, I hope you worry. Because this ad doesn’t respect you.

PS: Iklan ni kalau submit untuk assignment agaknya dapat A tak?

Standard