“Cita-cita saya…”

The most recent time I was onstage was for Story Fest 2012 in March earlier this year. 24 writers / performers were invited to revisit primary school essay titles:

  • Saya Sebatang Pensel,
  • If I Were A Billionaire,
  • My Family, and
  • Cita-Cita Saya (My Ambition).

The night I was given was Cita-Cita Saya (17 March 2012), and since I was going to write something from scratch for it and we could write in both English and Bahasa Malaysia, I tried my hand at Bahasa. Much of the story hinges on one instance of Bahasa wordplay; I approached the story as a child more familiar with English who misheard “cita-cita saya” when it was assigned to the class.

“There have been great societies that did not use the wheel, but there have been no societies that did not tell stories.” — Ursula K. LeGuin

(This story is meant to be read out loud)
cheetah_byJackDrawsGood
‘Cheetah’ by JackDrawsGood (Flickr)

Terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk kongsi pengalaman fiksyen ini. Nama saya—

Eleh, ni mesti dah tau nama dah ni, kawan je kan kita semua? OK. Cheetah-cheetah saya! Mereka sangat comel. Mak dan ayah dah pesan, baik bela seekor je, nanti susah. Tapi dua cheetah lagi ni comel jugak, saya balas. Sayang betul. Mungkin, mereka boleh jadi friends forever?

TAK MUNGKIN, mak ngan ayah balas balik.

Tapi saya degil. Ambil tiga-tiga juga. Saya namakan mereka Doc, Beb, & YB. Doc, Beb, & YB lebih BESAR dari kucing biasa kat rumah atuk dan nenek dulu. Tapi saya rasa inilah sebab mak dan ayah inginkan saya bela cheetah pun. Mungkin sama juga bila mereka ajar saya Bahasa Inggeris dari kecil. This is what you should get used to, saya dipesan.

Seperti cheetah-cheetah lain, Doc, Beb, & YB suka makan darah dan daging.

Saya tak kisah, saya pun tak suka makan sayur jugak.

Bila mereka kecil, seronok sungguh main dengan mereka. Comel, gebu, bunyi-bunyi cam rau, rau. Perangai pun lain-lain jugak. Bila tengok diorang makan pun sudah tau. Doc makan sampai cukup, gaduh, lari, tidur. Makan, gaduh, lari, tidur. Beb pula makan sikit, lari banyak, gaduh banyak. YB tak banyak lari, tapi ia boleh makan SAMBIL balas gaduh dengan sesiapa yang berani kacau dia. Kelakar. Memang senang betul nak sayang.

Kawan-kawan saya mula complain, saya dah jarang luangkan masa dengan mereka. Saya cakap sorry lah, tapi saya mesti layan cheetah-cheetah saya. Tapi datanglah, main dengan Doc, Beb, & YB sekali. Diorang manja! Suka orang!

Tak ada seorang pun yang datang.

Tak heran lah kot. Lama-lamaan, Doc, Beb, & YB makin matang, dan mereka pun tidak lagi biasa dengan orang lain. Orang biasa.

Satu malam, saya mimpi teruk. Binatang yang besar. Bertompok-tompok dalam kegelapan. Sebesar rumah. Sebesar bukit. Sebesar gunung. Ia telan sekolah saya, terkam kawan-kawan saya yang tak sempat saya jumpa; ia baham kampung saya. Taringnya tajam, raungannya ngeri. Familiar. Berbisik. Bergempa bumi. Tompok-tompoknya, gema ‘raaaau, raaaau’ nya laju ke arah saya untuk telan mimpi ini—

Dan saya bangun, cemas. Hanya dua yang pandang saya tidur. Dua ekor sahaja, senyap. Doc dan Beb.

YB dan Doc.

Beb… dan YB?

Eh, dua yang mana ni?

Darah daging merah kotor di muka mereka. Masa itulah saya sedar: saya sudah tak reti cam binatang-binatang saya sendiri.

Sempit betul bilik ni.

Mereka sudah besar, besar lagi dari saya. Apa lagi, muka mereka seakan-akan masih lapar. Tak puas. Tamak. Terlintas di fikiran saya: None of them are safe. None of them feel safe. Mungkin inilah sebab mak dan ayah pesan dulu, satu saja cukup. Tubuh badan saya belum pernah rasa kecil sebegini. Cheetah-cheetah saya tak pernah rasa seBESAR binatang-binatang liar di hujung katil itu.

Sejak hari itu, susah betul nak tidur lena. Kini, kerapkali saya rasa yang saya patut berjaga. Bulan depan, saya akan ke sekolah menengah. Badan saya sudahpun berubah.

Kaki saya.

Bahu saya.

Lengan saya.

Peha saya.

Saya di depan cermin. Yang teliti perubahan ini bukan saya. Cheetah-cheetah saya di depan cermin bersama saya juga. Their eyes are on me. My eyes are on them. Mereka masih lebih besar dari saya. Mereka masih lapar. Saya pula takut, sentiasa takut kejadian hari itu akan berulang lagi. Mungkin nanti seekor sahaja yang tinggal, ataupun tubuh kecil inilah mangsa seterusnya. Lengan saya. Peha saya.

Apa-apa pun, saya sedia.


  • Really appreciate Pang Khee Teik for the advice on the ending, and for inviting me up onstage to begin with.
  • my favourite Cita-Cita of the night: Zedeck Siew‘s epic trilogy hybrid of Saya Sebatang Pensel and Cita-Cita Saya. (read it on Tumblr )
  • I’m really glad Amir Hafizi took my advice on putting his business sales pitch on big pieces of paper corporate style. (read The Malay Male)
  • Other stories mine was thankful to share the stage with: Bernice Chauly‘s heady and dark flashback through her past, Zainah Anwar‘s hilarious flashback through hers (her opening line about her ambition was so ridiculously left-field that I refuse to repeat it), and Jerome Kugan, who came dressed as a wizard but after hearing everyone else’s stories, had a sudden change of heart and bravely went onstage as just himself.

Leave a Reply